Your e-mail address Your name Your message

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Live blogging.

Sunday, July 11th, 2010

Dah lame aku berblogging, dah bertahun, dari blogdrive ke blogspot, dari blogspot ke wordpress dan skarang aku dah ade domain sendiri. Mcm2 kenalan yg aku jumpe, ade yg dah berenti berblogging. (more…)

Benteng malam..

Sunday, July 11th, 2010

Aku baru dpt rasa selesa lepak kat satu kawasan pd ni, selalunye kawasan ni bukannye pilihan aku sbb bile air pantai surut, ade bau busuk. Live from benteng malam. (more…)

Blog berkarat

Wednesday, April 8th, 2009

Waa.. dah sbulan lebey tak update blog neh, dah berkarat dah blog aku nih.. hebat btull.. nih tergerak nak update pun sbb ter-rajin skit arini.. sbenarnye mmg dah rajin pun tiap2 ari.. tapi arini terasa rajin plak nak update blog.. Macam biasa.. website curseshadow dah berubah design.. tapi blog aku still belum berubah design lg.. still terfikir2 design macam mana yang simple tapi ok utk website aku.. Aku lebih fokus untuk buat design 2.0 yang lebih simple tapi berani.. sudah.. sudah.. tinggalkan citer pasal design blog aku nih dulu.. Sebenarnye arini walaupun aku menjadi rajin untuk update blog, tapi aku tak rasa aku nak taip citer panjang2.. sebab takde idea pun nak citer pasal ape.. Dah sebulan aku keje kat sini.. sebulan lebih dah..semenjak kejer nih aku bangun sangat pagi…. bagus tak? haha.. mestila bagus..  sure korang bangun pukul 12 tghari punye.. Untuk pengetahuan semua aku dah lama tak shoot.. so takde gambar2 menarik untuk entry ni.. aku rasa semacam nak bawak kamera aku kat umah akak aku neh.. tapi tak tau lg subjek ape nak di shoot.. maybe bagus gak kalu aku shoot gambar bas rapid kl.. takpun tayar bas rapid kl.. waaa.. bagus subjek tuh… takpe2.. nanti aku try shoot tengok menarik ke tak..

p/s: Entry nih pendek tapi padat..kan kan kan..

Coming Soon : Pengubahsuaian

Wednesday, February 11th, 2009

Sekali lagi yer.. sekali lagi yer.. aku akan redesign balik website curseshadow.. dan maybe ade skit ubahsuai kat blog zulhatfi.com nih jugak.. perkara utama untuk design curseshadow ialah simple & aku tak mau ade dua part dalam curseshadow.com.. aku nak campurkan photography & web design menjadi satu.. adus.. macam lagu2 jiwang plak.. ha.. zulhatfi.com nih plak.. ade something yang aku nak adjust jugak.. minor adjustment jer.. aku nak remove mana2 plugin yang tak berkenaan ngan sikit pengubahsuaian graphic content..

Aku mau bagitau sesuatu..

Wednesday, October 22nd, 2008

Ini entry tentang seni.. hasil seni yang aku banyak hasilkan sepanjang idup ialah melukis dan menge-shoot.. tapi ade yang tak tau aku juga adalah seorang perosak-lagu.. mulai arini, aku akan reveal sesuatu yang tak pernah aku reveal kat blog2 aku sebelum nih (blogdrive & blogspot). Aku mau masukkan mende nih dalam blog aku kali nih sebab blog nih lebih bercirikan aku.. seorang yang bernama zulhatfi.. so.. zulhatfi suke merosakkan lagu.. ini lagu pertama untuk korang dengar.. lagu kedua dan seterusnya akan menyusul kemudian..


Penyanyi: Aku
Gitar: Kamal

Merujuk kepada cik chokilala yang secara sengaja menge-tag saya.. (sekali lagi aku telah merosakkan bahasa melayu yang ku cintai). Tag ini sangat bermakna kerana ia melibatkan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup aku.. iaitu telefon bimbit.. haha.. rasa semacam pulak bile aku sebut telefon bimbit.. seperti bibit2 cinta pulak.. Telefon bimbit aku jenih lipatan, dan sekarang memakai baju warna merah sempena hari raya aritu.. die sangat cumel dan sedang berada di sebelah keyboard pc aku semasa aku menaip tentang entry nih… Arghh.. ape mende plak yang aku cuba lakukan nih.. Tag yang cik choki bagi tidak menyuruh aku untuk menceritakan tentang keanggunan telefon bimbit aku.. Jap, aku nak refer balik ape yang cik choki mau aku buat.. sebentar yer..

(more…)

Microsoft Project punca segala2nya..

Tuesday, October 21st, 2008


Gambar diatas menunjukkan bagaimana sengetnye Microsoft Office Visio yang aku install,edisi geram ini ditujukan kepada bill gates dan rakan2.. untuk mengikuti apa yang berlaku, sila mengensot menurun ke bawah.

“Usah berselindung lagiii..” kata aku kepada Microsoft Office yang sedang duduk di dalam hard disk komputer nih.. ntah kenapa la agaknye Microsoft Office Project telah menyusahkan idup aku.. nak aje aku saman bill gates sebab menyusahkan aku (kalau ikutkan boleh je). Tapi beringat-lah sikit.. kan ko sedang gunakan microsoft office versi pencuri.. paham2 je la.. haha.. disebabkan aku menyarung memakai microsoft office versi pencuri, nampaknya tidak dapatlah aku nak berpoyo2 untuk menyaman bill gates yang mungkin sedang bermain mercun solitaire sekarang nih. Memang aku sedang mengalami penyusahan-lah sekarang nih, disebabkan perlu menggunakan microsoft office project secara tiba-tiba telah menyebabkan aku amik keputusan untuk install microsoft office project tersebut ke dalam pc aku yang sekarang nih sedang berpentaskan windows vista.. Memang dari segi networking, windows vista jauh lagi bagus dan cepat dari windows xp.. namun ade keburukan yang perlu korang tau tentang windows vista nih iaitu, dia tidak secocok untuk bersama2 dengan microsoft office project..

(more…)

Selamat hari raya aidilfitri kawan2 semua.

Saturday, September 27th, 2008

Aku agak akan busy skit esok.. faham2 jer la mau raya nih.. Anyway.. harinih kredit utk yonna.. sebab aku dah dapat kad raya hand made beliau.. sgt kiut.. thanks yonna.. nih ade card untuk semua kawan2 blog (card ini juga telah dihantar kepada rakan2 di friendster).. semoga bergembira di hari raya.. maaf zahir dan batin.

Blogspot-ku yang ramping dan langsing..

Friday, September 26th, 2008

Gambar kambing/unicorn ini tidak ada kene mengena dengan
entry kali ini. Ianya cuma hiasan saja.

Entry cikgu bahasa tamil semalam memang dari aku sendiri, aku memang tak pernah berguru bahasa tamil pun, tapi ntah kenapa semacam terangsang untuk letak gelaran cikgu bahasa tamil kat salah satu gambar retro2 semalam.. Secara rambang semua kawan2 pun mau tau bagaimana aku boleh membuat rambut berbagai rupa semasa waktu sahur semalam, makcik salon manakah yang begitu gigih bangun waktu2 sahur semata2 nak bikin rambut aku yang pelbagai tuh. Hah.. itu imaginasi semalam, imaginasi semalam lain dengan imaginasi hari nih. Hari nih semacam merasa blog aku semacam ramping-lah.

Ini bukan entry kutuk blog sendiri, tapi memang aku perasan yang ruang penulisan di blog aku nih teramat langsing dan ramping. Macam rumah belanda.. Memang agak trendy dan bergaya pun, aku bukan cakap ianya tidak cantik.. ishh.. mestilah cantik.. tapi perkataan2 hasil penulisanku terpaksa bersempit2 kerana mempunyai rumah yang kurus, ramping dan langsing. Kesian mereka2.. termasuk gambar2 yang terpaksa bersempit2 dengan perkataan2. Adus.. sebenarnye entry nih tidak dirancang, aku memang sudah tidak ada tajuk mau ditulis.. Semacam mau menulis tentang tahanan ISA.. tapi belum bersedia.. nanti-lah aku cari mana2 kisah tahanan ISA then aku paste je kat sini.. tunggu masa aku malas nanti. Tapi sekarang aku rajin, so aku mau merapu2 dengan kisah blog aku yang ramping nih..

(more…)

Design by zulhatfi , curseshadow enterprise 2008 ©