Tersepit sudahlah

Kehidupan ku akhir2 nih agak busy lah.. interview sana sini.. kewangan aku menurun dan merudum kerana terpaksa ke tempat2 interview itu.. dan tidak mengapalah jika sekali sekala aku ke Mid Valley utk berdating.. alaa.. dia sungguh oklah.. kadangkala pendiam dan kadangkala pembising..haha.. dan tidak lupa solat.. itu juga penting bukann.. haha. Ohh terkeluar topik pulak, sebenarnya entry kali ini bukan tentang dating ok.. ini tentang interview yg sangat memenuhi jadual aku.. huh.. semuanya di Kuala Lumpur.. apakah mereka tidak mahu membuka cawangan di Port Dickson.. yalah, di tingkat atas restoran abang ujang itu bukankah masih banyak yg kosong dan boleh dijadikan ofis.. senanglah aku mahu ke pejabat.. Sebenarnya aku mendapat panggilan untuk ke interview hari Jumaat ini di sekitar Ampang.. di hospital ampang puteri.. weih, aku tidak pernah memohon jawatan sebagai jururawat ok..apakah rupa aku jika memakai baju jururawat itu.. sangat comel..haha maksud aku di sekitar kawasan hospital itu terdapat satu pejabat yang memanggil ku untuk interview.. Sebenarnye mereka itu memberi panggilan samada aku boleh datang pada hari khamis atau jumaat.. aku memilih jumaat.. dan aku tidak ingat sebenarnya hari semasa panggilan itu dibuat.. aku fikirkan hari selasa.. jadinya aku bersenang lenanglah..

Pagi tadi satu insiden berat telah berlaku.. ya,, sangat berat kerana tiang simen itu berat dan menyepit jari hantu aku.. mula2 seakan2 mahu kontrol saja.. tetapi kesakitannya seakan2 makin menjadi2 hingga membuatkan aku ingin membuka sarung tangan..waaa.. kuku itu sudah bengkak.. dan ianya menjadi semakin sakitlah.. aku berundur dari tugas menangkat tiang dan abah menyuruh aku berehat di belakang lori.. mula2nya aku hanya menahan sakit dijari, tetapi kemudian aku merasa seperti pitam pula.. huhh.. mungkin kerana sakit dijari itu sangat memenatkan aku.. Waa.. sangat sakit.. sampai sekarang pun aku merasa berdenyut2 dan menaip tanpa menggunakan perkhidmatan jari hantu tangan kanan ini.. kamu perlu berehat wahai jari hantu..

Selepas pulang kerumah aku berehat2 saja .. Petang tadi semasa mandi, pemikiranku berfikir tentang hari2.. apakah.. hari ini hari khamis.. esok tentunyalah hari jumaat..waaa.. esoklah interview itu..aku betul2 tidak ingat.. aku tidak ready apa2pun, baju tidak dibasuh lg..tiada apa2 ilmu dikepala ini.. dah la position web developer.. ditambah pula dengan jadi yg masih sakit nih.. waa.. aku terbayangkan semasa interview nanti mereka akan bersalaman dengan aku.. itu tentu satu yg memeritkan.. ohh.. aku terpaksa reject saja interview kali ini.. ada hal yang tidak dapat diungkap.. Tetapi satu panggilan telefon diterima sekitar jam 6.45ptg td.. dari seorang yang kedengaran suaranya seperti berbangsa inggeris.. di tanya kepada aku soalan2 bermacam2.. seperti seronok pula berborak dengan dia.. seingat aku, aku tidak pernah pula mempunyai kawan berenglish sebagus itu.. hurm.. sebenarnya dia ingin mengajak aku ke interviewlah, jawatan web developer atau web designer.. pada hari sabtu ini jam 10pg.. sangat oklah itu.. mungkin hari sabtu jariku kurang sakit sikit.. jika bersalaman pun mungkin sakitnya tidak sesakit hari jumaat.. haha.. Terima kasih kepada Cik Faizah kerana memberitahu saya tentang peluang ini..sangat appreciate..

Ohh. tentang jogging.. progress ok.. hari kedua aku berjogging di Mid Valley.. hari ini aku berjogging di dalam bilik.. arghh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.