Waktu menonton bola bergolek2

Aku tau ini bukanlah topik yang begitu senang bagi wanita2 yang sangatlah feminin.. seciput je yang berusaha untuk meminati sukan bola sepak, ketahuilah bahawasanya di Malaysia ini tidaklah begitu ramai feminin2 yang mau mendengar tentang bola sepak maupun membaca tentang bola sepak.. maunye disepak saja kepala manusia2 yang minat akan bola sepak dan sanggup tidak tido semata2 kerana ingin menonton sebijik bola ditendang2. Sungguh seronok kan rakan2 maskulin? Jika ditonton bersama rakan2 sejawat pastinya bertambah seronok. Tempatnya juga perlulah bertepatan.. jika ditonton di dalam wad hospital atau di belakang rumah jirang tetangga pastinya tidak seronok. Faham2 saja.. pastinya bola yang terlalu ingin ditonton itu akan terpacul secara sendirinya diatas dahi dengan saiz berskala lebih kecil iaitu seakan2 bola tenis. Tidak mengapalah wahai feminin2.. entry ini tidaklah begitu dahsyat jika dibaca dengan penuh tertib. Entry ini juga memberi anda satu peluang supaya lebih fleksibel dengan keadaan semasa.. Sekarang kan dah nak musim Euro 2008.. usahlah dibincangkan tentang resepi terbaru Chef Wan pula.. pastinya mengundang kemurungan kepada kaum2 maskulin (bagi maskulin yang 100% maskulin). Bagi aku ini, walaupun dengan segan silu aku katakan yang pasukan first yang aku minat itu iaitu england tidaklah bertanding di Euro 2008 ini kerana dengar khabarnya tiket kapal terbang sudah kehabisan. Bukan disebabkan tidak layak ok.. ulang bacaan.. england tidak menyertai euro 2008 kali ini bukan disebabkan tidak layak tetapi telah kehabisan tiket. Sudah2.. usah peningkan kepala2 mereka yang sangat maskulin itu.. Disini aku cuma ingin mengumumkan 3 pasukan pilihan aku untuk Euro2008 ini.. amatlah aku dengan sukacitanya meletakkan gambar2 pasukan ini di blog ku ini.

Pilihan 1 : Republik Czech. Aku memang minat pasukan ini dan memang sudah lama menjadi pasukan kedua pilihanku selepas England yang kehabisan tiket itu.

Pilihan 2: Sepanyol . Agak keramaian pemain2 Liverpool di dalam pasukan ini tetapi sebenarnya aku memilih pasukan ini kerana kehangatan dan kehebatan Torres itu.

Pilihan 3 : Jerman. Satu saja sebab kenapa pasukan ini menjadi pilihanku yang terakhir.. Aku memang suka cara permainan mamat bernombor 11 itu.. ya.. namanya Miroslav Klose. Hebat sungguh dia itu.. alangkah bagus jika join Liverpool.

Aku sudah jadi tidak keruan sekarang. Marilah kita bersama2 menonton Euro2008 ini.. Kepada feminin2 itu.. maaf ya dengan kandungan entry kali ini yang kurang enak untuk dibaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.