Minggu rakyat2 kawin

Musim cuti sekolah nih memang penuh dengan seri2 perkahwinan.. musim2 sebeginilah makin ramai pasangan2 menjadi raja sehari.. Dengan kata lain.. pada setiap hujung minggu di musim cuti sekolah inilah makin ramai raja yang bermaharajalela di Malaysia. Ya.. aku ketahuan bahawa entry ku kali ini bukan tentang raja2 Malaysia mahupun raja di negara2 lain. Tapi izinkan aku selitkan serangkap lirik lagu buat tatapan rakyat2 jelata yang menjadi Raja Sehari. Selepas aku dengar2, rupa2nya lagu tersebut tiada lirik atau lebih senang ianya dikenali sebagai instrumental.. wahh.. sungguh berinstrumental aku hari ini.. lagu atau muzik ini dimainkan oleh Kenny G dengan seksofonnya.. sungguh seksi apabila aku menaip perkataan seksofon ini. Bunyi macam makanan Soto tuh pun ade gak.. huh.. kite lupakan seketika tentang Soto.. muzik dari Kenny G ini memang sedap didengar.. tapi aku tak tau apa yang aku nak ulas tentang muzik nih sebab aku just bleh ulas kalau ade lirik je.. nih aku dengar sekang nih muzik je.. takde lirik pun.. so camana nak ulas. Okla.. semalam aku baru balik dari Melaka.. hari ni aku ngan family pergi semula ke Melaka.. Alor Gajah.. majlis kahwin la semestinya. Buat kawan2 yang mengadakan majlis kahwin pada tarik sama aku ucapkan Selamat Pengantin Baru dan minta maaf banyak2 sebab tak dapat datang majlis2 kalian kerana masalah masa dan pengangkutan.. keadaan kereta ku itu tidak membenarkan aku berjalan jauh.. maaf ya kawan2.

1 Comment

  1. rencana memuaskan hati, artikel manfaat kepada sesiapa pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.