RM3 ke Melaka

Melaka bandaraya bersejarah.. best kalau pegi melaka sebab byk tempat2 yang boleh aku shoot.. Tapi kali ni trip aku ke Melaka memang agak aneh dan mungkin tak pernah didengar oleh rakyat2 jelata semua. Yaa.. dengan hanya RM3 aku dapat ke Melaka dan bermalam selama 2 hari sambil dengan selambanya berjalan2 ke bandar hilir dan alor gajah.. haha.. Memang ajaib kan? Magic bukanlah kerja yang aku pernah lakukan sebelum ni tapi ntah kenapa secara tiba2 aku berjaya membuat magic dengan jayanya.. Cuba tanya David Copperfield.. pernah tak dia ke Melaka dengan hanya RM3? Mesti die terkejut beruk dan kene masuk sekolah budak2 magic lagi sekali sebab nak belajar camana nak buat magic ke Melaka dengan hanya RM3. Takpela.. kite lupakan pasal magic RM3 tuh dulu.. Skang nih aku nak beralih cerita kepada salah satu resort yang cam popular gak la kat area melaka dan alor gajah.. cuba tanye makcik2 kat area melaka.. mesti diorg tau kat mana A Famosa Resort.. Terletak di area Simpang Ampat Alor Gajah.. Hotel yang gah menggunakan nama tempat bersejarah di Melaka ini tidaklah sehebat namanya. Memalukan sungguh kalau sesiapa yang katakan percutian ke sana sesuatu yang mengasyikkan. Kenapa aku dengan lantang memperbahaskan tajuk ini seperti aku nih ahli parlimen kawasan alor gajah?? Cheh.. aku nih pun over react plak.. sebenarnye macam nih.. memang la bukan mudah nak manage sesuatu resort tambahan resort yang godang (maksud : besar dan omputih kate “huge”). Tapi apalah yang cuba dilakukan A Famosa Resort ini.. pekerja2 yang kebanyakkan dari indonesia dan negara2 luar lain.. mungkin juga dari negara Togo pun ade. Seperti yang dilihat dari sepasang mataku ini..resort nih macam nak cuba save duit dan dalam masa yang sama nak kaut untung besar. Ape la aku tulis nih.. aku pun tak faham. Maksud aku macam ni.. pekerja yang diambil bekerja di resort nih mmg confirm dibayar gaji rendah.. ini ditambah plak dengan kualiti hiasan di cowboy town yang kebanyakkan nye diperbuat dari polistren (adik aku panggil gabus) pastu nak masuk cowboy town tuh, sekali masuk mau kene ade RM45++ utk seorang dewasa, cam mahal je aku rasa sebab tempatnye takla nampak macam sunway lagoon ke.. Erm, satu hal lagi yang aku, akak aku dan abg ipar aku perbincangkan ialah masalah televisyen di resort tersebut yang menyatakan bilangan channel yang disediakan iaitu 11 channel, mula2 kitorg sampai.. hanya 3 channel je yang leh tgk (TV1, TV2 dan TV3).Lepas call helpdesk dan suarakan masalah kitorg, pihak resort cam malas je nak antar orang dan senang2 je ckp building yang kitorg duduk tuh mmg ade problem. Tetapi selepas abg ipar aku cam naik angin peringkat tertinggi barulah budak technician tuh datang ke bilik dan buat2 repair belakang TV tuh dan akhirnya.. TV yang sebelum ini hanya mempunyai 3 channel kini telah berubah menjadi lebih kurang 6 channel.. kami amat gembira. Tapi tidak kami sangka.. segalanya berubah selepas kami berjaya menonton star movies lebih kurang 3 jam … bzzzzzz, tiba2 cam terputus je..selepas abg ipar aku berusaha kitorg terpaksa terima hakikat yang kitorg terpaksa meneruskan penontonan kitorg dengan hanya berbekalkan RTM dan TV3. Itu lebih baik daripada tidak dapat menonton apa2.. tapi kitorg still tak puas hati dengan servis resort tuh.. Masa nak checkout paling istimewa.. terdapat 2 keluarga yang menyatakan tidak puas hati dengan servis di resort tersebut dan sibuk mengisi suggestion form yang disediakan.. begitu juga dengan abg ipar aku.. Mereka sepakat menyatakan..”Inilah kali pertama dan inilah kali terakhir”..

So.. bagaimana RM3 boleh membawa aku ke Melaka dengan jayanya.. dah la siap dengan bermalam kat A Famosa Resort plak tuh.. makan minum juga turut ditanggung.. huh.. puas David Copperfield memikirkan sampai aku dapat tau dia demam dan memberontak di dalam tandas rumahnye sehingga menyebabkan kepala paipnya rosak.. ini semua kerana dia cuba merungkai bagaimana aku dapat ke Melaka dengan hanya RM3.. Yaa.. Terima Kasih kepada akak dan abg iparku kerana membawa aku bersama di dalam percutiannya ke Melaka.. akak aku nak jumpe student die yang buat praktikal kat area Melaka.. sambil2 tuh aku menyelit la.. pengangkutan siap, hotel siap, makan2 pun ditanggung.. aku cuma mengeluarkan RM3 untuk membeli kupon parking masa pusing2 kat area bandar hilir. Tahnian diucapkan kepada yang berjaya menjawab dengan tepat. Kepada yang kurang berjaya anda dinasihatkan untuk kembali belajar di sekolah budak2 magic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.